Sunday, September 27, 2009

Jemputan Reunion Kali Ke - 2/ 2010

No. Rujukan : B2B/SKDS/1991-1996/2009 (01)

Tarikh : 25 September 2009

………………………………………..

………………………………………..

………………………………………..

Tuan/ Puan/Encik/ Cik,

JEMPUTAN MENYERTAI REUNION BEKAS- BEKAS PELAJAR SK DATO’ SAGOR SESI 1991- 1996 DI RIMBA KEM, TELUK NIPAH, PULAU PANGKOR.


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Adalah dimaklumkan bahawa bekas pelajar SKDS sesi 1991- 1996 akan menganjurkan Reunion kali ke- 2. Butiran lanjut seperti berikut :


Tarikh : 9 – 11 April 2010 (Jumaat, Sabtu & Ahad)

Masa : 9.00 pagi (Berkumpul di Jeti Lumut)

Tempat : Rimba Kem, Teluk Nipah, Pulau Pangkor.

Aturcara Program : Dilampirkan


3. Sehubungan dengan itu, tuan/ puan/ encik/ cik dijemput menyertai Reunion ini bagi mengeratkan silaturrahim antara kita dan memeriahkan lagi aktiviti yang dianjurkan sepanjang program ini berjalan.


4. Dimaklumkan juga bayaran deposit sebanyak RM 80.00 boleh dihantar melalui wang pos atau dimasukkan ke akaun bendahari program Nurul Fadzilah Binti Arshad, BANK ISLAM : 02020020428179 (Sila lampirkan slip bank). Bayaran hendak dilakukan sebelum atau pada 10 Februari 2010 sekiranya tuan/ puan/ encik/ cik jika ingin menyertainya.


5. Disini dilampirkan slip penyertaan dan dihantar selewat- lewatnya sebelum atau pada 10 Februari 2010 ke alamat Nurul Fadzilah Binti Arshad, PT 1967 Lot Banglo, 36800 Kampong Gajah, Perak untuk pengesahan kehadiran.


6. Sekian untuk makluman tuan/ puan/ encik/ cik. Kerjasama dari pihak anda amatlah kami hargai.


Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK B2B”


Saya yang benar,


…………………………….......

Nurul Fadzilah Binti Arshad


1 comment:

Fakir Andalusia said...

Bagus. Macam ni la. Siap ada surat rasmi lagi tu. Tak cukup surat rasmi ni, nanti kita antar surat saman lak. tengok diaorang respon ke tak. hahaha...

NetworkedBlog

SKDS BACK-TO-BACK 2009

SKDS BACK-TO-BACK 2009
BERGAMBAR SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI.
Related Posts with Thumbnails

Followers

Upgrade In Process.

Harap maaf. Blog ini masih dalam proses naiktaraf. Sebarang kesulitan amat dikesali.