Sunday, September 27, 2009

Jemputan Reunion Kali Ke - 2/ 2010

No. Rujukan : B2B/SKDS/1991-1996/2009 (01)

Tarikh : 25 September 2009

………………………………………..

………………………………………..

………………………………………..

Tuan/ Puan/Encik/ Cik,

JEMPUTAN MENYERTAI REUNION BEKAS- BEKAS PELAJAR SK DATO’ SAGOR SESI 1991- 1996 DI RIMBA KEM, TELUK NIPAH, PULAU PANGKOR.


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Adalah dimaklumkan bahawa bekas pelajar SKDS sesi 1991- 1996 akan menganjurkan Reunion kali ke- 2. Butiran lanjut seperti berikut :


Tarikh : 9 – 11 April 2010 (Jumaat, Sabtu & Ahad)

Masa : 9.00 pagi (Berkumpul di Jeti Lumut)

Tempat : Rimba Kem, Teluk Nipah, Pulau Pangkor.

Aturcara Program : Dilampirkan


3. Sehubungan dengan itu, tuan/ puan/ encik/ cik dijemput menyertai Reunion ini bagi mengeratkan silaturrahim antara kita dan memeriahkan lagi aktiviti yang dianjurkan sepanjang program ini berjalan.


4. Dimaklumkan juga bayaran deposit sebanyak RM 80.00 boleh dihantar melalui wang pos atau dimasukkan ke akaun bendahari program Nurul Fadzilah Binti Arshad, BANK ISLAM : 02020020428179 (Sila lampirkan slip bank). Bayaran hendak dilakukan sebelum atau pada 10 Februari 2010 sekiranya tuan/ puan/ encik/ cik jika ingin menyertainya.


5. Disini dilampirkan slip penyertaan dan dihantar selewat- lewatnya sebelum atau pada 10 Februari 2010 ke alamat Nurul Fadzilah Binti Arshad, PT 1967 Lot Banglo, 36800 Kampong Gajah, Perak untuk pengesahan kehadiran.


6. Sekian untuk makluman tuan/ puan/ encik/ cik. Kerjasama dari pihak anda amatlah kami hargai.


Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK B2B”


Saya yang benar,


…………………………….......

Nurul Fadzilah Binti Arshad


Raya Oh Raya...

Salam kembali...agak lama jugak aku tak menulis disini...bg mereka yg bru saje mngetahui blog ni, trima kasih sudi singgah...kalo boleh tinggalkan laa jejak anda disini agar kami tahu yg anda melayari blog ini...terutama kpd anda BEKAS2 PELAJAR SK DATO' SAGOR batch 1991- 1996...

tuk raya kali ni, msih stay berkumpul dirumah aku...alkebetulan plak ade OPENHOUSE...jdinye lbih mudah berkumpul skali lgi dilebaran ni...jdinye xramai pun yg hadir...myb xde penekanan/ paksaan...myb jugak sbb thn lps dh jumpa, so dh jdi tak xcited nk jumpa...terpulang laa kpd sesiapa...bg aku membls msj aku pun dikira ckup baik...btul x???

TQ kpd kawan2 yg sudi hadir ke umah aku...Azdan & wife, Zairy, Pit, Aidil, Fauzan, Pian, Fairuz, Kamal, Ayoi, Fahmi...Bashah, Edang, Adibah, Raja Yusnizan, Fazila Daud, Yati, Atiqah Md Rasif, Khairul Nazirah & Azlah...

apa2 pun dpt jumpa raya kali ni lbih bermakna sbb dh xde segan2 pun...masing2 dh kenal ngn kwn2 lama...aku harap thn dpn kta stay lgi wat mcm ni...thanks korng sbb menjayakan lagi misi aku...disini aku sertakan pic yg sempat aku amik...nk pic yg lgi cun, aku suh azdan upload nti...

ok, SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN...ukhwah berkekalan...

Monday, September 7, 2009

Selamat Berpuasa Dan Perancangan Kali ini.

Assalamualaikum.

Seperti tahun lepas, bulan ramadhan memang disambut meriah. Time ini la nak buat majlis berbuka puasa beramai-ramai kan.

Jadi kat sini, aku nak mencadangkan supaya diadakan majlis berbuka puasa seperti tahun lepas.

Harapnya tahun ini lebih meriah, lebih ramai lagi yang hadir.
Memandangkan tahun ini ramai yang bakal berkahwin atau dah pun kahwin, Insya'allah majlis kali ini lebih meriah.

Tolong berikan cadangan dan pandangan korang semua yer. Segala komen, pandangan, cadangan dan renungan adalah amat dihargai.

Terlupa! Ini format untuk korang gunakan sewaktu memberikan idea.

Tempat:
Tarikh:
Masa:
Aktiviti:
Souvenir:
Bayaran:
Tema:

P/s: Tahun ini boleh buat kat ipoh kot. :-D



NetworkedBlog

SKDS BACK-TO-BACK 2009

SKDS BACK-TO-BACK 2009
BERGAMBAR SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI.
Related Posts with Thumbnails

Followers

Upgrade In Process.

Harap maaf. Blog ini masih dalam proses naiktaraf. Sebarang kesulitan amat dikesali.